Written by 3:56 am Bola Sepak, Eropah, Lain-Lain

Benzema terinspirasi dengan Mike Tyson mahu jadi peninju setelah bersara

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meluahkan hasrat untuk menjadi seorang peninju setelah menggantung but bola sepaknya kelak.

Hasrat penyerang berusia 32 tahun itu mahu menjadi peninju hadir setelah terinspirasi daripada bekas juara heavyweight tinju, Mike Tyson.

Perkara itu diungkapkan oleh Benzema kepada rakannya yang juga merupakan seorang peninju, Fouad Ezbiri dalam satu sesi sembang santai di Youtube.

Selain daripada kagum dengan susuk tubuh sasa bekas peninju itu, Benzema meminati sukan tinju kerana teruja dengan sukan yang melibatkan pertempuran fizikal serta gemar melakukan latihan fizikal.

Foto: Instagram Mike Tyson

“Setelah tamat kerjaya bola sepak, mengapa saya tidak berlatih dengan awak selama 6 bulan?

“Selepas itu, jika anda fikirkan saya sudah bersedia untuk bertarung, tiada masalah. Demi tuhan, saya bersedia.” kata Benzema kepada Ezbiri dipetik daripada Mirror.

Mike Tyson merupakan peninju profesional kelahiran Amerika Syarikat dari tahun 1985 hingga 2005. Kehebatannya beraksi di dalam gelanggang membuatkan dia digelar sebagai Iron Mike.

“Kekuatannya (mengagumkan). Saya sentiasa mengagumi kehadirannya, kesungguhannya dan sikapnya. Selain itu, dia juga seorang yang sukar diduga.” jelas Benzema berkongsikan mengapa beliau mengagumi Mike Tyson.

Foto: Real Madrid

Bagaimanapun kita mungkin tidak akan melihat Benzema menggantung but bola sepaknya dan menyarung sarung tangan tinju dalam masa terdekat. Hal ini kerana Benzema masih lagi mempamerkan prestasi puncak bersama Real Madrid pada saat ini.

Musim ini menyaksikan Benzema memahat namanya selaku penjaring kedua terbanyak saingan La Liga iaitu dengan menjaringkan sejumlah 21 gol hanya kurang 4 gol berbanding Lionel Messi selaku penjaring terbanyak.

Jumlah jaringan tersebut telah membantu Real Madrid takhta La Liga daripada Bercelona yang merupakan juara bertahan.

Tugas Benzema bersama Real Madrid bagi musim 2019/20 masih belum selesai. Mereka bakal bertemu Manchester City pada peringkat 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara UEFA pada awal pagi sabtu ini.

Foto Kredit: UEFA Champions League

(Visited 6 times, 1 visits today)
Close