Artikel

Cristiano Ronaldo mahu ke PSG tetapi dihalang Covid-19

Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu meninggalkan Kota Turin dan menyertai kelab yang bersaing dalam kancah Ligue 1 iaitu Paris Saint-Germain (PSG).

Menurut laporan France Football, Cristiano tidak begitu berpuas hati dengan tahap yang dipersembahkan oleh rakan sepasukannya di Juventus walaupun telah meraih kejuaraan Serie A dua musim berturut-turut.

Selain itu, pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali turut mengimpikan peluang untuk bermain disamping Neymar dan juga Kylian Mbappe di Stadium Parc des Princes di Kota Paris.

Kylian Mbappe dan Neymar. Foto: PSG

Perancis juga memberikan kenangan manis buat Cristiano selaku pemain kebangsaan Portugal apabila dinobatkan sebagai juara Euro 2016 setelah berjaya menumpaskan skuad tuan rumah, 1-0 hasil jaringan Eder.

Sebelum ini, perpindahan itu hampir pasti direalisasikan dan hanya memerlukan tandatangan Cristiano di atas kertas kontrak namun pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun menjadi penghalang segala-galanya.

Ini kerana Covid-19 menyebabkan kedudukan kewangan kelab-kelab bola sepak terkesan dan menyukarkan mereka menyediakan dana untuk menandatangani pemain baharu semasa jendela perpindahan.

Foto Kredit: Juventus

komen