Written by 11:13 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Jersi Baharu Liverpool FC Dijual Pada Harga RM495 dan RM299

Para peminat Liverpool FC boleh mendapatkan jersi terbaharu keluaran Nike pasukan kesayangan mereka bagi musim 2020/21 pada harga RM495 untuk edisi ‘player issue’ dan RM299 bagi edisi replika untuk pasaran tempatan.

Jersi tersebut dijual secara eksklusif di rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di seluruh Malaysia. Selain itu, peminat The Kop boleh mendapatkan jersi tersebut secara atas talian menerusi laman sesawang www.al-ikhsan.com bermula hari ini.

Al-Ikhsan melancarkan jersi pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam satu acara yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga peminat tegar Liverpool di Football Republic Sunway Pyramid, petang tadi.

Jersi terbaharu ini hadir dengan rekaan ringkas serba merah yang cukup sinonim dengan pasukan The Reds. Ia juga disertai dengan jalur berwarna putih dan hijau kebiruan (teal) di bahagian kolar, lengan dan bahagian tulang tepi.

Difahamkan gabungan warna merah, putih dan hijau kebiruan itu diinspirasikan daripada warna tradisi pada logo Liverpool. Hijau kebiruan itu merupakan simbolik kepada Kota Liverpool dan burung mitos, Liver Birds yang menjadi lambang kebanggaan di jersi pasukan Liverpool FC semenjak ia ditubuhkan pada 1892. 

Untuk makluman, ini merupakan kali pertama syarikat barangan sukan berpangkalan di Amerika Syarikat, Nike mengadakan kolaborasi bersama Liverpool untuk menyediakan kit lengkap bagi mengharungi saingan domestik dan juga eropah.

(Visited 6 times, 1 visits today)
Close