Written by 4:23 am Bola Sepak, Eropah

Manchester United pasukan kegemaran Aubameyang

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang membuat kenyataan yang mengejutkan dengan mengakui meminati rival kepada pasukannya, Manchester United ketika zaman kanak-kanak.

Hal ini kerana Aubameyang yang juga penyerang skuad kebangsaan Gabon terpikat dengan gandingan duo penyerang England dan Trinidad & Tobago iaitu Andy Cole dan Dwight Yorke di bawah kendalian Sir Alex Ferguson suatu masa dahulu.

“Manchester United, ketika saya (masih) kanak-kanak saya meminati Manchester United,

Andy Cole & Dwight Yorke. Foto: Manchester United

“Saya masih ingat (gandingan) duo Andy Cole dan Dwight Yorke yang bagus ketika itu.” katanya semasa ditemu bual oleh Adam Carruthers bersama Stadium Astro.

Tidak menjadi kepelikan skuad Red Devil di zaman tersebut diminati ramai peminat bola sepak seluruh dunia kerana duo gandingan tersebut telah membantu Manchester United meraih kejuaraan berganda iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim 1998/99.

Sementara itu, penjaring kedua terbanyak EPL dengan jumlah 22 gol musim ini turut berkongsikan pemain idola yang membentuk karakternya selaku penyerang prolifik bersama Borussia Dortmund dan Arsenal.

Ronaldo Nazario. Foto: Confederacao Brasileira de Futebol

“Ronaldo daripada (pasukan) Brazil kerana pada pendapat saya, dia mampu mengubah permainan (di atas padang). Dia sangat gila, dia boleh lakukan segala-galanya dan dia merupakan idola saya.

“Dia sangat kuat, mempunyai gelecekan yang baik, sangat laju dan boleh lakukan segala-galanya termasuk menjaringkan gol dengan menanduk.” katanya lagi.

Ketika aktif bermain dahulu, Ronaldo merupakan penyerang yang menjadi fenomena bola sepak dunia.

Manakan tidaknya, kehebatannya di atas padang telah membantu pelbagai pasukan yang diwakilinya merangkul pelbagai kejuaraan termasuk membantu skuad kebangsaan Brazil menjulang Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1994 dan 2002.

Foto Kredit: Arsenal

(Visited 5 times, 1 visits today)
Close