Written by 2:39 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia • One Comment

MB Selangor Yakin Liverpool Pertahan Kejuaraan EPL

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjangkakan Liverpool kekal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2020/21 yang bakal bermula 12 september hadapan.

Beliau yang juga peminat tegar The Kop berkata demikian ketika ditemui selepas daripada majlis pelancaran jersi terbaharu Liverpool FC Home Kit keluaran Nike di Football Republic Sunway Pyramid, semalam.

Sadio Mane & Mo Salah. Foto: Liverpool FC

Keyakinan itu diluahkan atas dasar pasukan Liverpool bimbingan Jurgen Klopp mempunyai pemain yang mantap di setiap posisi. Namun The Reds tetap perlu berhati-hati dengan kehadiran Manchester City dan Manchester United yang dilihat bakal memberikan saingan sengit pada musim depan.

Of course, setiap tahun saya akan cakap Liverpool akan jadi champion tetapi tak pastilah, pertarungan yang sangat sengit tetapi dengan team yang sangat intact saya rasa Klopp akan boleh bawa pasukan secara konsisten,

“(Cabaran) tetap daripada kelab-kelab gergasi macam Manchester City dan juga Manchester United, saya lihat di akhir-akhir musim ini, Manchester United menunjukkan peningkatan prestasi yang baik tetapi mereka tidak konsisten di peringkat awal,” kongsinya kepada para wartawan.

Timo Werner. Foto: Chelsea

Selain daripada dua kelab tersebut, Amiruddin juga melihat pasukan yang berpangkalan di Kota London seperti Chelsea yang dikendalikan oleh Frank Lampard boleh memberikan kejutan lebih-lebih lagi setelah merekrut pemain baharu iaitu Timo Werner dan Hakim Ziyech.

“Kalau tidak berhati-hati Liverpool akan ada cabaran yang lebih besar. Dan pasukan lain seperti Chelsea masih lagi boleh menjadi pesaing. 

Skuad Liverpool FC 2019/20

“Tetapi pasukan yang dibina oleh Klopp sangat konsisten dan stabil di semua posisi dan sebab itu saya yakin Liverpool boleh meneruskan kecemerlangan yang dicatat pada musim 2019/20.” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Liverpool menjadi bualan peminat bola sepak seluruh dunia apabila berjaya menjulang kejuaraan liga utama England selepas kali terakhir memenanginya pada 30 tahun yang lepas.

(Visited 5 times, 1 visits today)
Close