Written by 9:10 am Gaya Sukanz

Garmin Malaysia Lancar Siri Baharu Instinct® & fenix® – Harga Bermula RM1999

Garmin Malaysia melancarkan siri baharu Instinct serta fenix – 6S Pro dan 6 Pro versi solar, dalam satu acara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini.

Siri Instinct hadir dalam dua model iaitu Solar dan Tactical Edition. Yang membezakan kedua-dua edisi ini adalah Instinct Solar Tactical Edition hadir dengan keupayaan untuk dilihat menerusi goggle penglihatan malam dan Stealth Mode.

Siri Instinct Solar hadir dalam tiga warna iaitu Graphite, Tidal blue dan Sunburst dan diletakkan tanda harga RM1999. Model Instinct Solar Camo Edition dan Tactical Edition (black dan moss) pula diletakkan pada harga RM2199.

Sementara itu, Garmin Malaysia turut memperkenalkan fenix 6S Pro Solar dan 6 Pro Solar dalam acara yang sama. Edisi flagship ini dilengkapi dengan mod Power Manager yang boleh diubahsuai dan memberikan pemakai lebih masa untuk melakukan aktiviti yang disukai.

Kedua-dua model ini disertai dengan ciri-ciri baharu iaitu profil aktiviti yang terbina siap khusus untuk aktiviti basikal berbukit, luncur air dan aktiviti memanjat. Fenix 6S Pro Solar hadir dalam warna Purple with Shale Band manakala fenis 6 Pro Solar didatangkan dalam warna Black with Slate Gray Band.

Siri fenix ini diletakkan tanda harga RM4199 dan kesemua model-model ini boleh didapati secara atas talian di Lazada dan Shopee. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Garmin Brand Stores dan peruncit sah.

(Visited 31 times, 2 visits today)
Close