Written by 3:35 am Bola Sepak, Eropah

Bekas Pemain Manchester Puji Martial Macam Ferrari

Penyerang Red Devil, Anthony Martial dipilih oleh penyokong sebagai Man of The Match dalam perlawanan menentang FC Copenhagen saingan suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Martial yang bermula sebagai pemain kesebelasan utama tidak menjaringkan sebarang gol namun kehadirannya di atas padang memberikan impak besar dalam menggerakkan jentera serangan Manchester United dalam perlawanan yang berlangsung di Cologne itu.

Foto: Manchester United

Martial menjadi penyumbang kemenangan skuad kendalian Ole Gunnar Solkjaer apabila dia dijatuhkan pada minit ke-93 di dalam kotak dan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester United tanpa ragu-ragu. 

Pemain tengah, Bruno Fernandes mudah menewaskan penjaga gol Copenhagen dan Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 sekaligus menempah tiket ke saingan separuh akhir.

Foto: Europa League

Selain daripada kalangan peminat, persembahan yang ditampilkan oleh penyerang berusia 24 tahun itu turut mendapat pujian daripada bekas-bekas pemain Manchester United.

Mengulas mengenai prestasi Martial dalam perlawanan tersebut, bekas pemain, Owen Hargreaves dipetik berkata, “Dia macam Ferrari. Anthony umpama pemain berharga £100 juta!”

Foto: Manchester United

Manakala bekas pemain lagenda mereka, Paul Scholes pula memuji peningkatan karakter Martial di hadapan gol. Scholes mengatakan, “Dia semakin menjadi (penyerang) No.9 perlawanan demi perlawanan yang saya tonton.”

Pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012-13, Robin van Persie turut menambah dalam sesi analisis selepas perlawanan BT Sport, “Martial sentiasa mengamati rakan sepasukannya (di atas padang) dan perkara itulah yang membezakan dia dengan pemain lain. Atas sebab itu saya berpandangan dia merupakan pemain berkelas dunia.”

Sumber: Manchester United

(Visited 7 times, 1 visits today)
Close