Written by 4:53 am MotoGP, Permotoran

Rossi Gelar Pemenang GP Czech, Brad Binder Binatang

Pelumba veteran, Valentino Rossi menggelar pemenang GP Czech, Brad Binder daripada pasukan Red Bull KTM Factory Racing sebagai binatang selepas tamatnya perlumbaan MotoGP, ahad lalu.

Terdahulu, pelumba ‘rookie’ kelahiran Afrika Selatan itu mengejutkan peminat sukan permotoran apabila berjaya memenangi perlumbaan 21 pusingan walaupun bermula dari petak ke-7.

Ia merupakan kemenangan sulung buat pelumba berusia 24 tahun itu yang mengharungi musim pertama saingan kelas premier. Selain itu, ia juga merupakan kemenangan pertama buat KTM sejak menyertai MotoGP pada tahun 2017.

Foto: Valentino Rossi Twitter

Rossi yang menamatkan perlumbaan GP Czech di tempat ke-5, di hadapan Miguel Oliveira (KTM Factory) dan Fabio Quartararo (Petronas SRT) menganggap Binder umpana seekor binatang yang buas dek kerana gaya tunggangannya. 

Pelumba yang terkenal dengan julukan The Doctor itu dipetik berkata, “Dia (bagai) seekor binatang, walau ketika berlumba di kelas rendah dia telah berlumba dengan menakjubkan.”

“Sangat terserlah, gaya tunggangan Australia, sedikit oversteer. Dia mempunyai gaya tunggangan moden untuk saingan MotoGP masa kini.” ungkap Rossi kepada Insella.

Untuk rekod, Binder merupakan naib juara saingan Moto2 2019 dibelakang Alex Marquez daripada pasukan Kalex. Disebabkan kecemerlangannya, hujung tahun lalu, Binder dinaikkan pangkat untuk bersaing dalam saingan MotoGP bersama pasukan kilang KTM disamping Pol Epargaro.

Foto: KTM Factory Racing

(Visited 11 times, 1 visits today)
Close