Written by 8:46 am Eropah

Syarikat TV China, Hisense taja Paris Saint-Germain

Syarikat pembuat televisyen (TV), perkakasan rumah dan barangan elektronik berpangkalan di China, Hisense mengumumkan kerjasama bersama Kelab Bola Sepak Paris Saint-Germain (PSG).

Menurut Pengarah Urusan PSG Asia Asifik, Sebastien Wasel pemeteraian kerjasama bersama Hisense dapat membantu kelab yang bersaing dalam kancah Ligue 1 itu memperluaskan fan base dan pengaruhnya ke China.

Foto: PSG

“Kami berbangga dapat bekerjasama jenama terkemuka dari Asia Pasifik. Kerjasama ini amat bermakna untuk kelab, menunjukkan peningkatan komitmen kami di wilayah tersebut,” katanya menerusi siaran akhbar, semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman mengenai jumlah penajaan diumumkan namun difahamkan pemeteraian kerjasama Hisense itu melebihi tempoh setahun.

Untuk makluman, Hisense diasaskan pada tahun 1969 dan berpangkalan di Qingdao, China. Syarikat pembuat TV terkemuka dunia ini merupakan peneraju pasaran di China, Afrika Selatan dan Australia.

(Visited 9 times, 1 visits today)
Close