Written by 4:10 am Eropah

Kenali Quincy Promes, Penyerang Kiri Sasaran Arsenal Bernilai £25 Juta

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dilaporkan mensasarkan untuk menandatangani penyerang sayap kiri Ajax Amsterdam, Quincy Promes yang bernilai sekitar £25 juta menurut laporan The Sun.

Promes yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Belanda telah merekodkan sejumlah 16 gol dan 5 bantuan gol dalam semua pertandingan di musim sulungnya bersama Ajax.

Berusia 28 tahun, Promes merupakan seorang pemain yang pantas dan lincah. Selain daripada bermain di sayap kiri, Promes juga mampu mengisi posisi sayap kanan dan pemain tengah menyerang (attacking midfielder).

Gerakan kesukaannya adalah berlari di tepi garisan padang dan melakukan cut inside sebelum melorongkan bola kepada rakan sepasukan di dalam kotak penalti atau merembat terus ke arah gawang.

Memulakan karier seniornya bersama FC Twente sekitar tiga tahun, khidmat Promes disunting kelab Rusia iaitu Spartak Moscow. Ketika itulah corak permainannya semakin matang dan dia telah merekodkan 66 gol serta 33 bantuan gol daripada 135 penampilan sepanjang 4 musim.

Promes juga berjaya meraih dua kejuaraan bersama Spartak Moscow iaitu Liga Perdana Rusia dan Piala Super Rusia. Ketika tahun 2017, Promes menyertai Sevilla FC namun hanya bertahan selama semusim sahaja sebelum kembali ke Eredivisie bersama Ajax pada jendela perpindahan musim panas, tahun lalu.

Foto: AFC Ajax

(Visited 21 times, 1 visits today)
Close