Written by 8:49 am Eropah

Man Utd Senaraikan Dembele Sebagai Alternatif Kepada Sancho

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menyenaraikan Ousmane Dembele sebagai alternatif sekiranya tidak mendapat khidmat Jadon Sancho, lapor ESPN.

Sebelum ini, Borussia Dortmund seakan-akan memberi isyarat bahawa Jadon Sancho akan kekal bersama mereka untuk saingan Bundesliga 2020/21 sekaligus membantutkan usaha Manchester United untuk membawanya ke Old Trafford.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan Dembele yang juga pemenang Piala Dunia 2018 baru sahaja memasuki peringkat awal iaitu perbincangan secara tidak rasmi di antara kedua-dua kelab.

Difahamkan Barcelona dalam keadaan terdesak untuk melepaskan bebanan gaji sebanyak £200,000 seminggu ekoran pandemik Covid-19 yang memberikan impak terhadap kewangan kelab-kelab bola sepak.

Untuk rekod, Dembele dibeli oleh Barcelona daripada Borussia Dortmund pada ogos 2017 dengan harga permulaan £96.8 juta dan diikat dengan kontrak selama lima tahun. Ketika itu, mereka memasukkan klausa pelepasan ‘gila’ iaitu sebanyak 400 juta euro.

Bagaimanapun beberapa siri kecederaan dan hanya tampil sebanyak lima kali dalam saingan La Liga 2019/20 menyebabkan Barcelona mengumumkan pengurangan harga pelepasan Dembele kepada £37 juta sahaja menurut beberapa laporan media eropah, mei lalu.

Selain daripada Dembele, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer dilaporkan turut berminat dengan pemain Bayern Munich, Kingsley Coman dan pemain Juventus, Douglas Costa.

Foto: FC Barcelona

(Visited 9 times, 1 visits today)
Close