Written by 1:27 pm Eropah

Juventus Tawar Cristiano Ronaldo Kepada Barcelona

Kelab berpangkalan di Kota Turin, Juventus dilaporkan mahu menawarkan khidmat Cristiano Ronaldo kepada FC Barcelona.

Perkara itu didedahkan oleh seorang wartawan Sepanyol, Guillem Balague dalam satu siaran langsung rancangan Radio BBC dan dikongsikan melalui laman sosial twitter, awal pagi tadi.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia juga memberikan impak kepada kedudukan kewangan Juventus dan perkara itu menjadi salah satu sebab mereka mahu melupakan khidmat mahal Ronaldo.

Sebelum ini, pemain yang sinonim dengan jersi bernombor 7 ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan yang beraksi dalam saingan Ligue 1 iaitu Paris Saint-Germain (PSG).

“Antara sebab Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan PSG bukanlah kerana PSG mahukannya, ini kerana Jorge Mendes (ejen pemain) telah diberikan arahan untuk mencari pasukan (baharu) untuk Ronaldo.

“Kami telah melihat (perkara) ini dalam enam bulan yang lepas. Real Madrid berkata, jangan harap! Dia tidak akan pulang. Pergi (berunding) dengan MLS (Liga Amerika) dan lain-lain.

“(Ini) kerana Juventus mahu potong gaji (besar) itu. Dengan drastiknya. Dia telah ditawarkan kepada semua, termasuk Barcelona. Saya tidak pasti (samada) mereka dapat ‘buang’ dia dengan mudah.

“Faktanya, dia masih menerima gaji bersih sebanyak 23 juta euro. Itu (jumlah) yang dia dapat di Real Madrid dan saya fikirkan dia mendapat bayaran yang sama apabila ke Juventus.

“Siapa yang nak bayar gaji sebesar itu?” katanya.

Foto: Juventus

Untuk rekod, Ronaldo berhijrah ke Juventus pada julai 2018 dengan yuran perpindahan sebanyak 100 juta euro dan yuran tambahan sebanyak 12 juta euro. Penyerang skuad kebangsaan Portugal itu diikat kontrak selama empat tahun.

Selama dua musim beraksi bersama skuad Old Lady, penyerang berusia 35 tahun ini telah memenangi dua kejuaraan Serie A dan Supercoppa Italiana.

Foto: Juventus

(Visited 1,437 times, 1 visits today)
Close