Written by 12:40 pm MotoGP

MotoGP: Rossi Hampir Temui Ajal, Jentera Milik Morbidelli Terbang Melintasi Hadapannya

Pelumba veteran, Valentino Rossi hampir-hampir sahaja menemui ajalnya dalam perlumbaan MotoGP hari ini.

Ketika di pusingan ke-9, Rossi yang sedang menduduki tempat ke-7 sedang bersiap sedia untuk mengambil selekoh. 

Namun dengan tiba-tiba, jentera Petronas Yamaha SRT ditunggang oleh Franco Morbidelli terbang melintasi di antara Maverick Vinales dan Rossi.

Tonton juga bagaimana jentera Yamaha milik Mobidelli daripada sudut pandangan hadapan Rossi pada pautan di bawah:

Pada masa yang sama, Johann Zarco yang menunggang jentera KTM turut terlibat dalam kemalangan. Sejurus daripada kemalangan mengerikan itu, bendera merah dinaikkan dan perlumbaan dihentikan.

Berdasarkan makluman, penunggang Morbidelli di bawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan awal. 

Perlumbaan diteruskan dengan baki 20 pusingan selepas litar dibersihkan.

Foto: MotoGP

(Visited 231 times, 1 visits today)
Close