Written by 3:45 pm Bola Sepak, Eropah

BN Mahu Ambil Alih Newcastle United

Bellagraph Nova Group (BN Group) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Kumpulan BN dilaporkan telah mengadakan perbincangan untuk mengambil alih kelab Liga Pedana Inggeris (EPL), Newcastle United Football Club (NUFC).

Kumpulan BN, diasaskan oleh pelabur-pelabur Singapura, Evangeline Shen, Nelson Loh dan Terence Loh beribu pejabat di Perancis berkata ketika ini perbincangan berada di peringkat lanjutan.

Kumpulan terbabit bersedia untuk ‘menyumbang secara besar-besaran’ untuk pembangunan NUFC.

“Pengasas Kumpulan BN telah menyediakan Letter of Intent (LOI) dan juga bukti (mempunyai) dana pada 10 ogos,” kata kenyataan rasmi Kumpulan BN.

“Sebagai tambahan untuk meningkatkan interaksi bersama NUFC dan komunitinya, Kumpulan BN turut mendapatkan sokongan daripada bekas kapten England, Alan Shearer dan bekas pemain Michael Chopra.”

Kumpulan BN memiliki 31 entiti dan meraih pendapatan sebanyak $12 bilion pada tahun lalu, menurut laman sesawang rasmi kumpulan syarikat tersebut.

Perbincangan bersama pemilik Newcastle United dan ahli perniagaan, Mike Ashley telah diadakan beberapa hari lalu dan masih diteruskan.

Sebelum ini, konsortium pelaburan Arab Saudi dilaporkan telah membida sebanyak 300 juta pound bagaimanapun bidaan untuk pengambilalihan tersebut gagal.

Sumber: Reuters

(Visited 249 times, 1 visits today)
Close