Artikel

Ronaldo Minta Juventus Beli Penjaring Ke-2 Terbanyak La Liga

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meminta kelabnya mendapatkan khidmat penjaring ke-2 terbanyak La Liga, Karim Benzema untuk mengharungi saingan 2020/21.

Menurut laporan Gazzetta dello Sport, Ronaldo dilaporkan mahu bersatu kembali bersama bekas rakan sepasukannya di Real Madrid suatu masa dahulu supaya dapat menajamkan lagi barisan serangan skuad The Old Lady.

Idea disebalik mendatangkan penyerang Perancis tersebut adalah untuk membina trio serangan terdiri daripada Ronaldo, Benzema dan Paulo Dybala.

Juventus mahu memberikan saingan lebih hebat terutamanya dalam kancah Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Ini untuk mengubati kekecewaan mereka terkandas di peringkat 16 terakhir setelah tewas kepada wakil Perancis, Lyon musim ini.

Untuk rekod, Benzema telah menjaringkan sebanyak 21 gol dalam saingan La Liga serta 5 gol dalam kejohanan UCL manakala Ronaldo pula merekodkan sebanyak 35 gol dalam kedua-dua saingan domestik dan eropah.

Tidak pasti samada Real Madrid mahu melepaskan atau tidak Benzema sekiranya mendapat tawaran rasmi daripada Juventus. Buat masa ini, kontrak Benzema bersama Los Blancos masih berbaki 2 tahun.

Foto: Juventus

komen