Written by 5:03 pm Bola Sepak, Eropah, Gaya Sukanz

Jersi Ke-3 Manchester United Dengan Corak ‘Zebra’ Tertiris

Manchester United baru sahaja melancarkan jersi Home keluaran Adidas untuk mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, pada awal ogos.

Manakala jersi Away pula baru sahaja diumumkan sebelum daripada perlawanan menentang Sevilla FC pada aksi suku akhir Liga Europa, empat hari lalu. 

Bagaimanapun, telah tertiris rekaan jersi ke-3 skuad Red Devil di internet pada hari ini dan ianya hadir dengan corak ‘unik’ hitam putih seperti kuda belang.

Perkara itu didedahkan oleh laman sesawang Footy Headlines di mana corak belang hitam putih itu hadir pada kedua-dua baju dan seluar pendek.

Pelbagai reaksi diberikan oleh penyokong Manchester United berkenaan rekaan terbaharu jersi ke-3 tersebut namun majoriti tidak menyukainya.

Difahamkan corak hitam putih itu berasaskan daripada ‘dazzle camouflage’. Ia pernah digunakan oleh kapal-kapal British semasa Perang Dunia Pertama.

British menggunakannya untuk melindungi mereka daripada serangan U-Boats buatan Jerman. Corak tersebut membuatkan musuh keliru akan saiz, kelajuan, jarak dan arah yang dituju kapal-kapal mereka.

Kapal menggunakan corak ‘dazzle camouflage’ semasa Perang Dunia Pertama.

Sekiranya rekaan jersi ke-3 Manchester United yang tertiris ini benar, Bruno Fernandes dan rakan sepasukannya pasti akan mendapat kelebihan yang sama sepertimana kapal-kapal British.

Sebelum ini rekaan jersi Home dan Away Manchester United turut tertiris awal di laman Footy Headlines, dan kedua-dua corak yang tertiris itu sama seperti yang diumumkan secara rasmi.

Foto: Footy Headlines

(Visited 87 times, 1 visits today)
Close