Written by 5:57 pm Bola Sepak, Eropah

RASMI: Koeman Kemudi FC Barcelona Sehingga Jun 2022

Ronald Koeman telah dilantik sebagai ketua jurulatih FC Barcelona dengan kontrak selama dua tahun iaitu sehingga 30 Jun 2022.

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Barcelona pada petang tadi, waktu Malaysia.

Koeman merupakan seorang jurulatih berpengalaman. Beliau pernah menjadi pembantu skuad senior La Blaugrana sebelum menjadi ketua jurulatih skuad simpanan, Barcelona B pada musim 1998/99.

Kemudiannya jurulatih berusia 57 tahun ini kembali ke tanah airnya, dan melatih dua kelab di Liga Belanda iaitu Vitesse dan Ajax Amsterdam sebelum ke Portugal untuk bersama Benfica.

Antara kelab-kelab lain berpangkalan di Belanda yang turut dilatih Koeman ialah PSV Eindhoven, AZ Alkmaar dan Feyenoord.

Selain itu, Koeman yang merupakan bekas pemain Barcelona suatu masa dahulu turut mempunyai pengalaman melatih kelab Sepanyol, Valencia dan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Southampton dan Everton.

Sebelum menerima tawaran Barcelona, Koeman merupakan ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda.

Foto: FC Barcelona

(Visited 132 times, 1 visits today)
Close