Written by 11:14 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

COPA90 Terbit Dokumentari Revolusi Johor Darul Ta’zim oleh TMJ

Revolusi dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim terhadap Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seringkali mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, saluran bola sepak bola sepak tersohor di Youtube, COPA90 telah menerbitkan sebuah dokumentari mengenai revolusi yang dilakukan oleh TMJ terhadap JDT. 

Dokumentari ini mengisahkan revolusi yang bermula pada tahun 2013 telah mentransformasikan JDT daripada sebuah kelab yang tidak dikenali kepada kuasa besar bola sepak asia tenggara sehingga menjadi sebutan peminat bola sepak asia.

Turut dimuatkan dalam dokumentari tersebut beberapa temubual bersama individu-individu penting di dalam skuad Harimau Selatan seperti Pengarah Teknikal dan Ketua Jurulatih JDT.

Anda boleh menonton dokumentari tersebut pada pautan di bawah:

Foto: Johor Southern Tigers

(Visited 115 times, 1 visits today)
Close