Artikel

Messi Lihat Masa Hadapan Barcelona Suram

Penyerang Argentina, Lionel Messi melihat masa hadapan FC Barcelona masih suram walaupun sudah mendapat ketua jurulatih baharu, Ronald Koeman.

Terdahulu, Koeman telah berjumpa pemenang Ballon d’Or enam kali itu untuk menerangkan mengenai projek yang akan dijalankannya untuk saingan bola sepak 2020/21.

Menurut stesen radio di Catalan, RAC1 melaporkan Messi telah berkata kepada Koeman bahawa masa depan Barcelona tidak jelas.

Pemain berusia 33 tahun turut mengulangi rasa tidak senang hatinya mengenai kekalahan memalukan 8-2 Barcelona di tangan Bayern Munich baru-baru ini.

Bagaimanapun, Messi sedar sukar untuknya meninggalkan Stadium Nou Camp kerana memiliki klausa pelepasan dengan harga tinggi.

Untuk rekod, Messi masih mempunyai baki kontrak bersama Bercelona selama semusim lagi.

Foto: UEFA Champions League

komen