Written by 12:30 pm Lain-Lain

“Latih Diri Hujung Minggu Sebagai Final Day” – Misbun Sidek

Bakat, kelebihan fizikal, kemahiran teknikal dan pendedahan pengalaman antara aset buat atlet-atlet untuk berjaya dalam mana-mana bidang sukan yang diceburi.

Bagaimanapun ada satu perkara lagi yang turut memainkan peranan yang signifikan dan mampu meletakkan seseorang atlet itu menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik iaitu mentaliti.

Perkara itu turut ditekankan oleh Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan, Datuk Misbun Sidek semasa melatih para pemain badminton skuad remaja negara.

“Hari ni cramp. Macam mana boleh cramp? Semalam saya sudah bagi satu hari rehat, so kalau cramp harini, something wrong,”

“Maybe semalam you pergi shopping (dari) pagi pukul 8 sampai malam pukul 8, pukul 9 baru balik. Baru harini jadi macam ni.” tegur Misbun kepada salah seorang pemain remaja dalam satu rakaman oleh Astro Arena.

Beliau yang juga bekas pemain perseorangan lelaki negara mahu pemain-pemain mengelakkan diri daripada menggunakan waktu rehat di hujung minggu untuk sekadar melepak atau berjalan-jalan.

Train yourself bahawa hari minggu sebagai final day. Tournament apa pun hari minggu adalah final. You must work yourself, itu you punya kerja.” 

“Kita punya kerja untuk menyusun you punya training, then semasa final you main sendiri. Kita guide you daripada belakang.” 

You all beruntung kerana you berada di dalam national team, kat luar tu bertungkus lumus nak masuk, sekarang you sudah berada di sini,” 

“So then you tepuk dada, sebenarnya you mahu apa? You mahu hanya jadi national player atau you mahu jadi terbaik daripada semua yang ada.” tambahnya lagi.

Datuk Misbun Sidek and I

Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Khamis, 26 Disember 2019

Sebelum ini beliau merupakan jurulatih perseorangan lelaki negara dari tahun 2003 hingga 2010. Dan Misbun merupakan individu yang melatih bekas jaguh badminton negara, Dato’ Lee Chong Wei.

April lalu, Misbun dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Tugasnya adalah untuk membentuk program bagi pembangunan pemain remaja negara.

Foto: BAM

(Visited 39 times, 1 visits today)
Close