Written by 10:37 pm Bola Sepak, Malaysia

JDT Sedia Jual Safawi Ke Kelab Liga Portugal, Portimonense SC

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui menerima tawaran daripada sebuah kelab yang bersaing dalam kancah Liga Premier Portugal, Portimonense SC.

Tawaran tersebut adalah untuk mendapatkan penyerang sayap JDT, Safawi Rasid yang juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Sehubungan itu, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu sedia melepaskan pemain terbaik mereka sesuai dengan tawaran yang dikemukakan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi laman sosial rasmi mereka, sebentar tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai jumlah tawaran yang dikemukakan oleh kelab tersebut setakat ini.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Selasa, 25 Ogos 2020

“JDT ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.”

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.”

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.” katanya.

Untuk makluman, Safawi, 23 tahun, merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia sebanyak dua kali berturut-turut bagi tahun 2018 dan 2019.

Foto: JOHOR Southern Tigers

(Visited 766 times, 1 visits today)
Close