Written by 11:08 am Bola Sepak, Eropah

Lampard Mahu Bawa Messi ke Stamford Bridge

Pengurus Chelsea, Frank Lampard berhasrat membawa Lionel Messi ke Stamford Bridge untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

Perkara itu didedahkan oleh bekas rakan sepasukan Lampard dalam skuad kebangsaan England, Rio Ferdinand. 

“Baru sahaja mendapat berita Frank Lampard mahu mendapatkan Messi.”

“Ini bakal menjadi jendela perpindahan paling meletup sekiranya direalisasikan oleh Lampard.” kongsi Ferdinand di akaun Twitter.

Terdahulu Messi dilaporkan telah menghantar transfer request kepada FC Barcelona, sekitar tengah malam tadi waktu Malaysia.

Selain itu, pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu turut meminta untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak.

Ia sekaligus membuka jalan buat Messi untuk meninggalkan Stadium Nou Camp secara percuma walaupun mempunyai baki kontrak semusim lagi.

Justeru mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Messi tidak perlu membayar nilai tebus kontrak mega yang bernilai €700 juta kepada Barcelona. 

Mereka hanya perlu memenuhi tuntutan gaji penyerang Argentina berusia 33 tahun itu sahaja. 

Untuk makluman, kelab kendalian Lampard telah memuktamadkan secara rasmi perpindahan Hakim Ziyech (Ajax Amsterdam) dan Timo Werner (RB Leipzig) dalam jendela perpindahan kali ini.

(Visited 67 times, 1 visits today)
Close