Written by 3:28 pm Bola Sepak, Eropah

Usah Mimpi Lihat Gandingan Messi & Ronaldo di Juventus

Rata-rata peminat bola sepak mula mengimpikan untuk melihat gandingan Lionel Messi bersama Cristiano Ronaldo di Juventus.

Ia dikuatkan dengan tindakan Messi menghantar transfer request untuk meninggalkan FC Barcelona – kelab yang diwakilinya sejak remaja – pada jendela perpindahan kali ini. 

Bukan sahaja kalangan peminat bola malah media-media bola sepak tersohor dunia seperti 433, Bleacher Report Football dan Goal turut membuat hantaran di laman sosial mengenai gandingan impian ini.

🔜????

Posted by Goal on Selasa, 25 Ogos 2020
View this post on Instagram

Just imagine though… 👀

A post shared by Bleacher Report Football (@brfootball) on

View this post on Instagram

Just daydreaming… 🤤

A post shared by 433 (@433) on

Bagaimanapun wartawan Sky Sports, Fabrizio Romano meninggalkan satu komen dalam sebuah hantaran yang dibuat oleh akaun Instagram 433.

“Tiada peluang (langsung),” tulis wartawan kelahiran Itali itu.

Fabrizio merupakan wartawan yang menjadi rujukan peminat-peminat bola sepak seluruh apabila tiba musim jendela perpindahan pemain di eropah.

Hampir 90% laporan-laporan yang ditulis oleh Fabrizio mengenai gosip perpindahan pemain-pemain bola sepak di eropah adalah betul.

Kesukaran utama untuk merealisasikan gandingan Messi dan Cristiano adalah kekangan kewangan. Lebih daripada €1 juta seminggu perlu dibayar oleh Juventus sekiranya mahu menggunakan khidmat kedua-dua pemain ini.

Tidak sukar untuk memahami mengapa gandingan Cristiano dan Messi sangat diimpikan oleh majoriti peminat bola sepak seluruh dunia. Kedua-duanya merupakan penyerang terbaik dekad ini.

Posted by Goal on Rabu, 21 Jun 2017

Untuk rekod, Messi telah menjaringkan 634 gol bersama Barcelona manakala Cristiano pula mempunyai 638 gol hasil bersama pasukan Sporting CP, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Disebabkan itu hanya Messi dan Cristiano yang mendominasi anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d’Or sebanyak 11 kali sejak dari tahun 2008 sehingga 2019.

Kecuali pada tahun 2018, anugerah yang diberikan oleh France Football ini dianugerahkan kepada pemain tengah, Luka Modric.

Hal ini kerana Modric menunjukkan pencapaian individu yang menakjubkan bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Croatia.

Berbalik kepada tindakan Messi mahu meninggalkan skuad Blaugrana, khabar angin bertiup kencang bahawa dia memilih untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dipercayai pasukan Manchester City kendalian Pep Guardiola menjadi sasaran utamanya.

(Visited 400 times, 1 visits today)
Close