Written by 12:56 pm MotoGP, Permotoran

Antara Hafizh atau Rossi – Prinsipal Yamaha Petronas SRT Tersepit

Prinsipal Yamaha Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali akui tersepit di antara memilih pelumba tempatan, Hafizh Syahrin atau pelumba veteran, Valentino Rossi untuk bersama pasukannya, musim depan.

Menurut laporan Stadium Astro, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya memberi slot tersebut kepada pelumba tempatan berdasarkan semangat patriotik semata-mata.

“Saya memang tersepit dalam hal ini. Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita. Bukan tidak boleh tapi kami perlu berlandaskan keputusan.” 

“Bila sudah sampai di tahap MotoGP, seseorang pelumba itu perlu menyerlah, bukan lagi masa untuk pendedahannya selama setahun dua. Dia sepatutnya sudah tahu untuk mengendalikan jentera MotoGP,” katanya.

Sementara itu, Razlan turut menasihatkan Hafizh yang juga pelumba Aspar Team dalam saingan Moto2 melantik pengurus bagi mengandalikan kontrak kariernya.

Valentino Rossi, 41 tahun, disebut-sebut menjadi calon pelumba utama yang akan dibawa masuk ke pasukan Yamaha Petronas SRT bagi menggantikan pelumba muda, Fabio Quartararo yang akan ke pasukan kilang, Monster Energy Yamaha musim depan.

Foto: Aspar Team & Monters Energy Yamaha

(Visited 145 times, 1 visits today)
Close