Artikel

Gerakan Agresif Luqman Hasilkan Gol Pertama Bersama KV Kortrijk

Penyerang muda negara, Luqman Hakim tidak menunggu lama untuk mendaftarkan gol pertama bersama pasukan baharunya, KV Kortrijk.

Luqman berhasil menjaringkan gol pertama bersama skuad bawah 21 tahun ketika pertemuan menentang KRC Gent.

Situasi gol tersebut hadir gerakan Luqman secara agresif memberikan tekanan kepada pertahanan lawan.

Hasil tekanan tersebut, Luqman berhasil merampas bola daripada pertahanan tengah Gent di dalam kotak penalti.

Tangkap layar daripada video jaringan Luqman Hakim yang sedang berada di dalam kotak penalti.

Dia kemudiannya melakukan sedikit larian ke hadapan sebelum melepaskan rembatan menerusi kaki kanannya melepasi penjaga gol lawan.

Gol tersebut memberikan pendahuluan awal, 1-0 kepada KV Kortrijk ke atas KRC Gent. 

Bagaimanapun, perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan yang mengecewakan apabila skuadnya tewas 4-1 kepada Gent.

Jaringan sulung Luqman boleh ditonton di akaun media sosial KV Kortrijk:

Foto: KV Kortrijk

komen