Written by 6:15 pm Bola Sepak, Malaysia

Pahang vs JDT Disiarkan Secara Langsung di Youtube – TM Umum ‘Free Viewing Campaign’

Telekom Malaysia (TM) mengumumkan kesemua siaran langsung membabitkan pertandingan CIMB Liga Super 2020 akan ditayangkan secara percuma di saluran Youtube.

Pengumuman tersebut dibuat oleh TM selaku pemegang hak penyiaran Liga Malaysia untuk meraikan kembalinya saingan bola sepak tanah air setelah ditunda sejak mac lalu ekoran daripada pandemik Covid-19.

Kesemua perlawanan bagi saingan CIMB Liga Super 2020 akan disiarkan secara langsung bermula dari 28 ogos sehingga 10 oktober 2020.

Untuk menonton di Youtube, anda hanya perlu melakukan carian akaun ‘unifi’ dan anda sedia menonton mana-mana perlawanan yang disiarkan langsung.

Perlawanan paling panas minggu ini pastinya pertemuan di antara tuan rumah, Pahang menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada hari jumaat ini.

Selain daripada saluran Youtube, para peminat bola sepak tempatan juga boleh menonton kesemua perlawanan CIMB Liga Super 2020 melalui unifi TV dan aplikasi unifi PlayTV.

Buat para peminat yang telah melanggan Pas Bermusim Liga Malaysia, tempoh langganan anda dilanjutkan sehingga 31 julai 2021. Manakala untuk yang telah melanggan Team Malaysia VVIP Pass, langganan anda dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2021.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk FAQ di sini.

(Visited 394 times, 1 visits today)
Close