Written by 5:13 pm MotoGP, Permotoran

Dilema Datuk Razlan? – Hafizh Tak Ulas Panjang, Tumpuan Utama Adalah Moto2

Sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Razlan Razali berada dalam dilema samada memilih pelumba tempatan, Hafizh Syahrin atau pelumba lagenda, Valentino Rossi untuk mewakili pasukannya.

Beliau yang merupakan Prinsipal Petronas Yamaha SRT – pasukan yang bersaing dalam kelas premier, MotoGP – sedang mencari pengganti kepada Fabio Quartararo yang bakal beraksi bersama pasukan kilang, Monster Energy Yamaha, tahun hadapan.

Valentino Rossi. Foto: Monster Energy Yamaha

Dan desas-desus kuat mengatakan Rossi yang juga pemenang Kejuaraan Motosikal Dunia sebanyak sembilan kali menjadi calon utama untuk mengisi kekosongan tersebut.

Mendengarkan khabar tersebut, Hafizh yang beraksi bersama Aspar Team menegaskan tidak mahu mengulas panjang mengenai dilema dihadapi Datuk Razlan. Tumpuan utamanya musim ini adalah menamatkan saingan Moto2 dengan kedudukan terbaik.

“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya ada. Saya sendiri pun tak tahu mengenai perkara itu.

“Keputusan yang Datuk Razlan ingin buat terserah kepadanya kerana itu adalah pasukannya, bukan pasukan saya.

Foto: Aspar Team

“Sama-sama kita tunggu dan lihat. Kalau ada rezeki, ada la. Andai dapat peluang itu, insya-Allah saya akan cuba sebaik mungkin untuk raih pencapaian lebih baik daripada sebelum ini.

“Apapun saya tak letakkan harapan tinggi. Saya perlu fokus kepada saingan di Moto2 pada musim ini dulu,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Dua musim sebelum ini, Hafizh beraksi dalam saingan MotoGP bersama pasukan Tech3.

Namun musim lalu, Tech3 mengumumkan tempatnya digantikan dengan pelumba muda, Brad Binder sekaligus menyebabkan dia terpaksa kembali beraksi di saingan Moto2.

Foto: Aspar Team

(Visited 14 times, 1 visits today)
Close