Written by 1:57 pm Bola Sepak, Eropah, Gaya Sukanz, Malaysia

Koleksi ‘Rare’ Jersi Manchester United Dengan Logo AirAsia & TNB

Logo syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dan syarikat elektrik negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah menghiasi ruangan hadapan jersi Manchester United.

Jersi yang disertakan dengan logo AirAsia itu pernah digayakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tony Fernandes dan gambar tersebut dimuat naik menerusi blognya, suatu masa dahulu.

Berdasarkan pengamatan kepada jersi tersebut, ianya merupakan jersi keluaran Nike pada musim 2008/09 – musim di mana Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala Liga dan Piala Perisai Komuniti.

Kita sedia maklum, kedua-dua syarikat ini tidak pernah diumumkan sebagai penaja utama skuad Red Devil kendalian Sir Alex Feguson pada ketika itu. Namun mengapakah logo kedua-dua syarikat berpangkalan di tanar air kita ini terpampang di jersi tersebut?

Kisah yang sebenarnya, jersi tersebut merupakan sampel yang dihantar oleh Manchester United kepada syarikat-syarikat berpotensi untuk menjadi penaja utama mereka pada waktu itu. Selain daripada AirAsia dan TNB, terdapat juga jersi Manchester United dengan logo syarikat perkakasan elektrik, Dyson. 

Jersi-jersi ini dihantar kepada syarikat yang berkenaan secara spesifik supaya mereka dapat menilai bagaimanakah rekaan logo syarikat masing-masing sekiranya menghiasi bahagian hadapan jersi Manchester United.

Cristiano Ronaldo semasa bermain bersama Manchester United musim 2008/09

Ketika itu, penaja utama Manchester United, syarikat insurans berpangkalan di Amerika, AIG sudah memasuki tahun akhir perjanjian bersama Manchester United. Oleh itu Red Devil melakukan rundingan dengan beberapa syarikat baharu untuk dijadikan penaja utama mereka.

Untuk rekod, AIG memeterai perjanjian penajaan bersama Manchester United bernilai £19 juta setahun dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Bagaimanapun pada januari 2009, AIG mengumumkan tidak meneruskan penajaan ekoran krisis kewangan yang melanda syarikat mereka. 

Namun mereka sangat berbangga selama empat tahun penajaan, Manchester United meraih pelbagai kejuaraan termasuk di saingan Liga Juara-Juara UEFA dan FIFA Club World Cup.

(Visited 184 times, 1 visits today)
Close