Written by 9:12 am Bola Sepak, Malaysia

Penyerang Naturalisasi, Mohamadou Sumareh Mahu Sertai Selangor?

Adakah kita bakal menyaksikan penyerang naturalisasi skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh berhijrah ke Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim depan? 

Terdahulu, penyerang berusia 25 tahun itu mengejutkan peminat-peminat bola sepak tanah air apabila dilaporkan tidak menyertai sesi latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan yang lalu.

Dan turut dilaporkan penyerang sayap kelahiran Gambia itu tidak akan turun dalam pertemuan menentang juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Foto: Pahang FA

“Mengenai Sumareh, sebenarnya dia tidak lagi bersama pasukan sejak sebulan yang lalu, dia tidak muncul dalam sesi latihan,”

“Apa sebab di sebalik perkara yang berlaku, kami akan mendapatkan penjelaskan daripada pihak pengurusan.” kata ketua jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh kepada Stadium Astro.

Dan punca kehilangan dirinya itu dikaitkan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan dengan perpindahan ke skuad Harimau Selatan.

Dan pengumuman Safawi sudah dilamar oleh kelab berpangkalan di Portugal, Portimonense SC menguatkan desas-desus Sumareh ke negeri selatan semenanjung tanah air.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran Instagram Story yang dibuat Sumareh semalam, dia memberikan hint untuk menyertai pasukan lain dan bukannya JDT.

Pasukan tersebut adalah Selangor yang kini sedang giat ditransformasikan oleh kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain daripada itu, sebuah akaun laman sosial, 1 Play Sports turut mendakwa Selangor sedang berusaha untuk memperkukuhkan skuadnya dan berusaha untuk mendapatkan Sumareh serta pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor. 

Namun perkara ini masih dalam peringkat perundingan.

Foto: Football Association of Malaysia

(Visited 452 times, 1 visits today)
Close