Artikel

Harimau Malaya Terbang Bersama Malaysia Airlines Sehingga 2023

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan lanjutan usahasama bersama syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB), pada hari ini.

Lanjutan usahasama itu membolehkan skuad Harimau Malaya terus terbang bersama Malaysia Airlines bagi tempoh tiga tahun lagi.

Perjanjian lanjutan usahasama itu ditandatangani di antara Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB, Lau Yin May di Hilton Petaling Jaya.

Ia turut disaksikan bersama oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail.

Lanjutan ini dibuat berikutan perjanjian selama dua tahun sebelum ini bakal berakhir pada 31 Disember 2020.

Usahasama sebelum ini bermula daripada Malaysia Airlines menaja penerbangan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bagi menghadapi Final 2 Piala Suzuki AFF 2018 di Hanoi, Vietnam pada 15 Disember 2018.

Foto: Malaysia Airlines

komen