Artikel

Penyerang TFC, Dominic Beri Penghormatan Kepada Pelakon Black Panther Sebelum ‘Kick-off’ Liga Super

Penyerang Terengganu Football Club (TFC), Dominic da Sylva tampil menyarung topeng muka watak adiwira Black Panther sebelum sepak mula menentang Sabah, sebentar tadi.

https://twitter.com/MFL_Live/status/1299699767358885893?s=20

Ia dilakukan untuk memperingati kematian pelakon watak tersebut, Chadwick Boseman yang diberitakan meninggal dunia akibat daripada kanser usus, jumaat lalu.

Difahamkan, pelakon berusia 43 tahun itu telah mengidap kanser usus tersebut sejak empat tahun yang lalu. Kematian Boseman tersebut diumumkan oleh keluarganya.

Domininc, 31 tahun, berasal dari Mauritania sering meraikan gol dengan gaya Wakanda Forever sepertimana dilakukan oleh King T’challa dalam filem blockbuster terbitan Marvel tersebut.

Dominic yang menyertai TFC pada awal musim ini telah menjaringkan tujuh gol dalam saingan CIMB Liga Super dan merupakan penjaring terbanyak liga, setakat ini.

Foto: MFL Live

komen