Written by 3:57 pm Bola Sepak, Malaysia

Bukan JDT Atau Selangor Tetapi Sumareh Pilih Kelab Thai, Police Tero FC?

Penyerang naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang menamatkan kontraknya bersama Pahang dilaporkan bakal berhijrah ke kelab Liga Thai, Police Tero FC.

Sumareh dilaporkan menamatkan kontraknya menggunakan klausa 8.7 yang memperuntukkan kepada pemain untuk menamatkan kontrak sekiranya tidak dibayar gaji lebih daripada sekali.

Sebelum itu, dia didedahkan oleh ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak turun menjalani latihan bersama pasukan selama hampir sebulan.

Tiada kelibatnya di atas padang mahupun di bangku simpanan ketika perlawanan minggu kelima CIMB Liga Super di antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), jumaat lalu.

Maka timbul desas-desus penyerang berasal dari Gambia itu bakal menyertai samada juara Liga Super sebanyak enam kali, JDT atau pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor.

Bagaimanapun, sebuah media berpangkalan di Thailand, Buaksib mendedahkan Sumareh telah diikat oleh pasukan yang bersaing di dalam kancah Liga 1 Thailand, Police Tero FC.

โมฮามาดู ซูมาเรห์ ปีกจอมเลื้อยทีมชาติมาเลเซียของ ปาหัง เอฟเอ มีข่าวย้ายมาเล่นในไทยลีก กับสโมสร โปลิศ เทโร…

Posted by บวกสิบ บอลไทย on Isnin, 31 Ogos 2020

Perkara ini dikuatkan lagi dengan teaser yang dibuat oleh Facebook Pages rasmi kelab tersebut, empat hari lalu.

Bayangan yang mereka berikan, “Pemain itu merupakan penjaring gol (ketika) menentang (skuad kebangsaan) Thailand.” tulis kenyataan Police Tero FC di laman sosial mereka.

NEW PLAYER ? : ว่าที่นักเตะใหม่ของทีม "เคยยิงประตูทีมชาติไทยมาเเล้ว"…

Posted by Police Tero FC on Khamis, 27 Ogos 2020

Seperkara lagi, Thailand mengumumkan membuka jendela perpindahan khas dari 25 ogos sehingga 7 september 2020, sebelum meneruskan kembali saingan liga pada 12 september.

Justeru, kelab-kelab di Thailand boleh mendapatkan pemain-pemain baharu bagi memperkukuhkan pasukan mereka untuk mengharungi baki saingan liga musim ini.

Namun sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi samada daripada Sumareh atau pihak Police Tero FC.

Untuk rekod, Sumareh merupakan penjaring gol ketika bermain mewakili skuad Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu. 

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, Malaysia.

Untuk makluman, bekas pertahanan JDT yang juga pemain skuad kebangsaan, Dominic Tan juga merupakan pemain yang beraksi beraksi bersama pasukan Police Tero FC.

Foto: FAM

(Visited 57 times, 1 visits today)
Close