Written by 5:31 pm Bola Sepak, Eropah

Erling Haaland Mungkin Jadi Petani Atau Penyanyi Rap

Jika tidak bergelar penyerang bola sepak yang beraksi bersama pasukan Borussia Dortmund, Erling Haaland berkemungkinan akan menjadi petani atau penyanyi rap.

Menjaringkan 16 gol untuk Dortmund sejak januari lalu, Haaland berkata demikian ketika sesi menjawab soalan daripada para peminat di akaun media sosialnya, semalam.

Persoalan itu datang daripada seorang peminat bernama Jack, “Jika awak bukan seorang pemain bola sepak apa kemungkinan pekerjaan kamu?”

Dan penyerang berusia 20 tahun itu terus menjawab, “Penyanyi rap atau petani.”

Dalam sesi yang sama, Haaland turut mendedahkan tiga pemain yang menjadi inspirasinya dan ketiga-tiganya merupakan penyerang sepertinya.

Mereka penyerang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo dan paling menarik adalah bekas pemain Swansea City, Michu Oviedo.

Barclays Premier League Crystal Palace FC v Swansea CitySun 22 September 2013 Pictured: Michu of Swansea takes the…

Posted by Swansea City Football Club on Isnin, 23 September 2013

Sebelum menyertai Borussia Dortmund, Haaland merupakan pemain Red Bull Salzburg yang beraksi dalam saingan Liga Austria. 

Walaupun hanya beraksi di sana selama setahun, penyerang Norway itu telah mengumpul 29 gol dan 7 bantuan gol daripada 27 penampilan.

Foto: Borussia Dortmund

(Visited 16 times, 1 visits today)
Close