Written by 11:26 am Bola Sepak, Eropah

Messi Belum ‘Left Group’ Whatsapp Pemain-Pemain Barcelona

Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi belum keluar daripada group aplikasi permesejan, Whatsapp yang mengumpulkan pemain-pemain FC Barcelona.

Perkara itu didedahkan oleh pemain tengah muda Barcelona, Frenkie de Jong walaupun Messi telah memohon untuk meninggalkan kelab dan tidak menyertai latihan pra musim, bermula ahad lalu.

“Saya mengharapkan Messi masih di sana apabila saya pulang, tetapi perkara itu tidak terletak di tangan saya. Dia masih di dalam group Whatsapp (tersebut),” katanya ketika ditemui Fox Sports dan dipetik oleh Goal.

Sementara itu, media turut melaporkan Messi telah bersetuju dengan tawaran gaji sebanyak €700 juta oleh City Group Football (CFG) selama lima tahun.

CFG merupakan syarikat yang memiliki beberapa kelab-kelab bola sepak terkenal dunia seperti Manchester City FC, New York City FC dan Melbourne City FC. 

Oleh demikian Messi atau nama julukannya, La Pulga akan bermain bersama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga tahun sebelum beraksi bersama New York City selama dua tahun.

Selain itu, CFG turut mempunyai pegangan minoriti beberapa kelab seperti Yokohama F. Marinos, Montevideo City Torque, Girona FC, Sichuan Jiuniu, Mumbai City FC dan Lommel SK.

Foto: UEFA Champions League

(Visited 79 times, 1 visits today)
Close