Written by 5:46 pm Bola Sepak, Malaysia

Pemilik Zamburger Beli Pasukan Kelantan Dengan Harga RM6.8 Juta

Pemilik Zamburger, Norizam Tukiman membeli 100% saham syarikat yang memiliki pasukan bola sepak Kelantan, TRW Sdn Bhd sekaligus menjadi pemilik baharunya.

Dilaporkan keseluruhan saham itu dijual pada harga RM3 juta dan dia turut membayar RM3.8 juta kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk menyelesaikan hutang lapuk.

Majlis tandatangan penjualan saham TRW Sdn Bhd dan Norizam telah berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, petang tadi.

MAJLIS TANDATANGAN PENJUALAN SAHAM TRW: ANTARA TRW SDN BHD DAN ZAMBURGERTelah berlangsung pada tengahari tadi Majlis…

Posted by Kelantan FA on Khamis, 3 September 2020

“Kita bayar pada harga RM3 juta bagi pembelian saham, dan kita dahulukan sebanyak RM3.8 juta kepada KAFA untuk menyelesaikan semua hutang-hutang yang ada.”

“Jadi maksudnya di sini, jumlah perbelanjaan yang kita keluarkan adalah sebanyak RM6.8 juta. Dan selebihnya daripada RM6.8 juta itu syarikat Zamburger tidak tanggung.” kata Norizam di hadapan para wartawan.

Difahamkan jumlah yang dikeluarkan oleh syarikat Zamburger itu sudah memadai untuk melupuskan semua hutang dan tunggakan samada kepada para pemain mahupun agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sementara itu, Norizam turut menyasarkan Kelantan untuk kembali ke saingan Liga Super musim hadapan. Ketika ini, skuad kendalian Yusri Che Lah menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 4 mata daripada 5 perlawanan.

(Visited 136 times, 1 visits today)
Close