Written by 12:28 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Sah! Sumareh Sertai Kelab Liga Thai, Police Tero FC

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh mengakui telah menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC.

Bekas penyerang Pahang itu memberikan pengakuan ketika ditembual oleh wartawan Utusan Malaysia.

“Betul,” katanya secara ringkas tanpa mengulas lanjut mengenai perpindahan penuh kontroversi tersebut.

Sebelum ini, penyerang berusia 25 tahun itu bertindak menamatkan kontraknya bersama skuad Tok Gajah ekoran pasukan tersebut tidak dapat membayar gajinya.

Tindakannya itu dengan pantas menyebabkan peminat mengaitkan Sumareh dengan penghijrahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

Bagaimanapun beberapa hari lalu, media sosial di Thailand mendedahkan Sumareh telah mengikat kontrak bersama Police Tero FC. 

Pada masa yang sama, Liga Thailand membuka jendela perpindahan khas sebelum memulakan kembali saingan liga 12 ogos ini.

Untuk makluman, Police Tero kini memiliki dua pemain skuad Harimau Malaya iaitu Mohamadou Sumareh dan pertahanan, Dominic Tan yang diikat pada awal musim lalu.

Foto: Buaksib Ball Thai

(Visited 76 times, 1 visits today)
Close