Written by 10:53 pm Bola Sepak, Malaysia

Harimau Selatan Baham Sang Seladang 7-0 Disaksikan Hampir 100,000 Tontonan di Youtube

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mencatatkan kemenangan besar 7-0 ke atas Perak dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Lebih menarik, kemenangan skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu turut disaksikan hampir 100,000 tontonan yang disiarkan secara langsung di Youtube.

Empat gol diraih pada separuh masa pertama. Gol-gol tersebut disumbangkan oleh Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera (2 gol) dan Ramadhan Saifullah.

Separuh masa kedua, mereka menambah duka pasukan Perak kendalian Mehmed Durakovic apabila Cabrera menambah satu lagi koleksi golnya pada malam ini untuk meraih hatrik.

Safawi Rasid dan Akhyar Rashid turut menjaringkan satu gol masing-masing untuk meletakkan JDT 7-0 di hadapan.

Kemenangan besar ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pendahulu CIMB Liga Super 2020 dengan kutipan 16 mata.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

(Visited 509 times, 1 visits today)
Close