Written by 5:27 pm Bola Sepak, Malaysia

Aidil Sharin Sahak: Kedah Adalah Pilihan No.1

Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak mengakui didekati wakil Perak The Bos Gaurus bagi mendapatkan khidmatnya untuk saingan musim depan.

Bagaimanapun Aidil berpendirian untuk kekal bersama skuad Helang Merah bukan sahaja sehingga tamat musim malah turut memberi bayangan untuk memperbaharui kontraknya.

Malah jurulatih berusia 43 tahun ini meletakkan sasaran buat Kedah untuk mengulangi pencapaian musim lalu iaitu mara ke saingan akhir Piala Malaysia sekali lagi, musim ini.

KEDAH PILIHAN NOMBOR SATU"Kedah adalah pilihan nombor satu buat saya dan walaupun Perak menunjukkan minat mereka,…

Posted by FA Kedah on Selasa, 8 September 2020

“Pengurusan pasukan Perak ada membuat pertanyaan kepada saya namun ia cuma secara lisan dan perkara ini masih lagi diperingkat awal.

“Kedah adalah pilihan nombor satu buat saya dan walaupun Perak menunjukkan minat mereka, tetapi buat masa ini hati saya masih lagi bersama Kedah dan masih memiliki kontrak hingga hujung musim ini.

“Secara jujurnya saya berazam mahu memberi khidmat terbaik untuk Kedah hingga ke hujung musim ini dan mahu fokus membawa Kedah sekali lagi ke peringkat akhir Piala Malaysia pada musim ini,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Alhamdulilllah!

Posted by FA Kedah on Sabtu, 27 Julai 2019

Untuk rekod, Aidil dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada penghujung tahun 2018. Musim sulungnya bersama Kedah, dia berjaya mengemudi pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu memenangi Piala FA dan naib juara Piala Malaysia.

“Saya masih tetap komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada saya buat masa ini.

“Apapun, saya mahu fokus dalam memberi khidmat terbaik dari hati saya untuk pasukan Kedah dalam membawa kejayaan buat skuad Lang Merah pada musim ini,” katanya lagi.

Featured Image: FA Kedah

(Visited 17 times, 1 visits today)
Close