Written by 2:36 pm Bola Sepak, Eropah

Messi Tampak Tak Bahagia Dan Hanya Berlatih Sendirian

Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi dilaporkan kembali berlatih bersama FC Barcelona kali pertama sejak mengumumkan untuk keluar daripada kelab tersebut, baru-baru ini.

Messi dilihat tiba di pusat latihan, Ciutat Esportiva Joan Gamper dengan memandu kenderaan peribadinya, Mercedes bersendirian pada petang semalam.

Penyerang berusia 33 tahun itu tiba awal berbanding rakan sepasukannya yang lain. Difahamkan, Messi tiba satu jam setengah lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. 

Menurut laporan Daily Mail, raut wajah Messi tampak tidak begitu gembira apatah lagi bahagia.

View this post on Instagram

@leomessi joins first team training 💪

A post shared by FC Barcelona (@fcbarcelona) on

Namun begitu Messi tampak serius sepanjang menjalani latihan itu. Turut dilaporkan, dia hanya berlatih sendirian dalam sesi latihan tersebut.

Sebelum memulakan sesi latihan, Messi terlebih dahulu bertemu dengan ketua jurulatih baharu, Ronald Koeman dan menyatakan akan memberikan yang terbaik buat Barcelona musim ini.

Featured Image: FC Barcelona

(Visited 63 times, 1 visits today)
Close