Written by 12:15 pm Bola Sepak, Malaysia • One Comment

TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT

Selepas mengumumkan misi untuk menyenaraikan TRW Kelantan FC di pasaran saham, pemiliknya, Norizam Tukiman bercadang untuk membina sebuah pusat latihan setanding juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berdasarkan perkongsiannya semasa ditemu bual dalam rancangan [email protected] oleh Hafizal Hamad pada malam tadi, Norizam bercadang untuk memajak Padang MARDI yang terletak di Pasir Tumbuh, Kota Bharu untuk dibina sebuah pusat latihan dengan wajah serba baharu.

Selain itu, dia juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerapkan sains sukan dalam rutin latihan pasukan TRW Kelantan FC.

From 1-10, how would you rate this scenery from our training ground? 🔴🔵#JDT#TrainingGround#PadangSeriGelam

Posted by JOHOR Southern Tigers on Ahad, 18 Ogos 2019

“Bila sampai ke Padang Mardi, tempat kita berlatih sekarang, saya bagitahu dengan coach saya nak jumpa Mardi punya orang, bincang untuk pajak padang tu,”

“Mungkin untuk tempoh 30 tahun atau sekurang-kurangnya 15 hingga 30 tahun untuk saya buatkan pusat latihan setanding JDT, saya letak penanda aras JDT sebab pasukan tu terdekat dengan kita.”

“Kalau ada mana-mana warga Kelantan yang ada tanah yang cantik untuk diwaqafkan atau nak joint venture (JV), saya berbesar hati untuk laksanakan secepat mungkin.” 

“Saya nak buat pusat latihan dan (terapkan) sains sukan, (saya) nak kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sebab dia ada sports centre, kita perlukan (kerjasama) ini sebab tak mahu belakangkan sains.”

“Kita nak pastikan pasukan lebih dinamik dan mantap.” katanya dalam rancangan tersebut yang turut disertai oleh bekas pemain, Asmawi Bakiri.

📍 Stadium Sultan Muhammad IV, Kota BharuSejam sebelum sepak mula perlawanan diantara Kelantan dengan Pulau Pinang. ❌…

Posted by TRW Kelantan FC on Sabtu, 29 Ogos 2020

Sementara itu, Norizam tidak bercadang untuk melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap laman rasmi pasukan TRW Kelantan FC iaitu Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

“Buat masa ni biar sahaja warna (pink) tu, saya tiada sasaran untuk tukar warna tu, biarkan sebab stadium itu bukan milik saya,”

“Kalau milik saya memang akan ditukar kepada warna yang sesuai, sebab pada saya stadium itu milik Perbadanan Stadium Kelantan.” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Norizam mengambil alih pemilikan TRW Kelantan FC secara rasmi pada minggu lalu selepas ‘membelinya’ dengan nilai keseluruhan RM6.8 juta.

Featured Image: TRW Kelantan FC

(Visited 1,047 times, 1 visits today)
Close