Written by 11:30 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Belum Ke Eropah, Safawi Sudah Sebaris Greenwood, Mbappe & Ansu Fati

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid diberitakan bakal berhijrah ke kelab berpangkalan di Portugal, Portimonense SC selepas tamatnya saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bulan lalu selepas dipantau oleh wakil kelab tersebut selama enam bulan.

Terkini, walaupun belum menjejakkan kaki ke bumi Portugal, Safawi yang juga penyerang skuad kebangsaan telah disenaraikan oleh sebuah akaun laman sosial bola sepak, Tekkers sebagai ‘wonderkids to watch next season’.

Akaun yang diikuti sekitar 1.2 juta pengikut itu meletakkan pemain kelahiran Terengganu itu sebaris beberapa bintang muda dunia seperti Mason Greenwood (Manchester United), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) dan Ansu Fati (FC Barcelona).

Safawi Rasid – Foto: JOHOR Southern Tigers

Tidak ketinggalan Erling Haaland (Borussia Dortmund), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Christian Pulisic (Chelsea), Lautaro Martinez (Inter Milan), Phil Foden (Manchester City) dan Rodrygo (Real Madrid) turut mengisi senarai 15 pemain tersebut.

Lebih menarik, hanya Safawi sahaja merupakan pemain tunggal dari rantau asia tenggara yang tersenarai. Di peringkat benua asia, Safawi ditemani oleh Allahyar Sayyadmanesh (Fenerbahce) dan Sahal Abdul Samad (Kerala Blasters FC).

Untuk rekod, akaun laman sosial yang sama turut menyenaraikan penyerang berusia 23 tahun ini sebagai ‘future wonderkid’ pada januari lalu.

Featured Image: Tekkers

(Visited 187 times, 1 visits today)
Close