Artikel

Dominic Diberikan Nombor Kegemaran, No.3 Bersama Police Tero FC

Pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan telah diberikan jersi dengan nombor kegemarannya iaitu nombor 3 bersama pasukan Police Tero FC.

Pada awalnya, pertahanan berusia 23 tahun itu diberikan nombor 30 ketika menyertai pasukan secara tetap, pada hujung tahun lalu.

Sebelum itu, Dominic bermain bersama mereka secara pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa musim 2019.

Perkara itu disedari apabila Police Tero mengemaskini senarai penuh pemain-pemain mereka untuk mengharungi baki saingan liga yang akan bersambung kembali pada 12 september ini.

Malah Dominic dilihat telah menyarung jersi bernombor 13 dalam beberapa sesi latihan yang diadakan sebelum ini.

Turut kelihatan dalam senarai itu adalah pemain baharu mereka iaitu Mohamadou Sumareh yang juga penyerang naturalisasi skuad kebangsaan.

Khidmat Sumareh telah diumumkan secara rasmi oleh Police Tero pada isnin lalu dan pemain kelahiran Gambia itu diberikan jersi bernombor 13.

Featured Image: Police Tero FC

komen