Written by 4:54 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

EPL Lancar Kempen Hentikan Penstriman Haram di Malaysia

Liga Perdana Inggeris (EPL) telah melancarkan kempen ‘Boot Out Piracy’ di Malaysia.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran para peminat untuk menghentikan menonton perlawanan-perlawanan bola sepak EPL menerusi penstriman haram.

Menonton perlawanan bola sepak menerusi penstriman haram adalah satu pengalaman merugikan buat peminat bola sepak.

Hal ini kerana peminat-peminat menyaksikan perlawanan dengan kualiti yang rendah dan tidak kurang juga menghadapi masalah kerosakan video semasa menonton.

The ‘Boot Out Piracy’ campaign aims to raise awareness of the compromised viewing quality and risks faced by fans who watch matches via illegal streams.

Posted by Astro Radio News on Isnin, 7 September 2020

Ianya turut membuatkan para peminat bukan sahaja berhadapan dengan kelewatan (delay), pautan mati (broken links) dan iklan pop-up. 

Malahan penonton berpotensi diserang perisian hasad (malicious malware) dan perisian tebusan (ransomware).

Bagi penonton yang terkesan dengan serangan tersebut, mereka bakal berhadapan dengan kes pencurian data dan penipuan atas talian.

Kempen ini turut dirancakkan dengan kehadiran pemain-pemain bintang bola sepak EPL seperti Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Mohamed Salah (Liverpool) dan Raheem Sterling (Manchester City).

Tidak ketinggalan, pengurus-pengurus pasukan seperti Ole Gunnar Solksjaer, Pep Guardiola dan Frank Lampard turut bersama dalam kempen yang julung kali diadakan oleh EPL ini.

Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini bukan sahaja dijalankan di Malaysia tetapi turut dilancarkan di Indonesia dan Hong Kong menerusi pelbagai platform media menjelang sepak mula musim 2020/21.

Posted by Stadium Astro on Rabu, 2 September 2020

Sumber: Syok

(Visited 249 times, 1 visits today)
Close