Artikel

Siapakah Jamal Yang Dibeli NUFC Pada Harga £13.5 Juta?

Newcastle United Football Club (NUFC) mengumumkan mendapatkan pemain muda berusia 22 tahun iaitu Jamal Lewis daripada Norwich City pada harga £13.5 juta dan diberikan kontrak selama lima tahun.

Jamal merupakan pertahanan kiri yang mempunyai potensi besar. Sebelum ini, dia dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool bagi menjadi pilihan kepada Robertson sebelum The Kop membuat keputusan untuk mendatangkan Kostas Tsimikas.

Hal itu berdasarkan prestasi yang dipamerkan Jamal sepanjang musim 2019/20 walaupun dia gagal membantu Norwich City kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

Ketua jurulatih NUFC, Steve Bruce menggambarkan Jamal sebagai prospek yang sangat menarik dan berharap pemain muda itu dapat mengisi posisi full-back dengan konsisten untuk tahun-tahun yang mendatang.

Merupakan graduan akademi The Canaries, sepanjang menyarung jersi Hijau Kuning, Jamal telah merekodkan 100 penampilan selain daripada menjaringkan dua gol dan mencipta empat bantuan gol.

Pada mac 2018, Jamal telah meraih debut bersama skuad kebangsaan Northen Ireland dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Korea Selatan. Pasukannya berjaya meraih kemenangan 2-1.

Featured Image: Newcastle United

komen