Written by 4:48 pm Bola Sepak, Eropah

Legenda Liverpool Lihat Skuad Arteta Belum Layak Duduki ‘Top 4’ EPL

Legenda Liverpool, Graeme Souness melihat skuad Arsenal kendalian Mikel Arteta belum mampu menempatkan diri dalam kalangan empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Walaupun The Gunners telah memenangi dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Perisai Komuniti, Souness meramalkan kedudukan empat terbaik hanya diisi oleh pasukan Liverpool, Manchester City, Machester United dan Chelsea.

“Ramai orang memberi tumpuan kepada Arsenal, tetapi saya lihat mereka belum cukup kuat. Saya menjangkakan cabaran lebih sengit daripada United dan Chelsea musim akan datang.

“Jika kamu tanya saya, saya ramal empat pasukan teratas adalah Liverpool, United, City dan Chelsea. 

“United akan lebih baik dengan kehadiran Donny Van de Beek, tetapi mereka mungkin berhadapan dengan sedikit isu di hadapan gawang.

“Chelsea telah melakukan beberapa perpindahan (pemain) bagus, tetapi kita lihat secepat mana Timo Werner, Hakim Ziyech dan Kai Havertz dapat menyesuaikan diri,” katanya yang dipetik daripada kolum Sunday Times.

Untuk rekod, musim lalu Arsenal menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan. Ianya merupakan keputusan terburuk sejak musim 1994/95 di mana mereka tamat di kedudukan ke-12. 

Featured Image: Arsenal

(Visited 16 times, 1 visits today)
Close