Written by 11:06 am Bola Sepak, Malaysia

Norizam Akui Pemilik JDT Mempunyai ‘Passion’ Tinggi Dalam Bola Sepak

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dikenali sebagai seorang yang memiliki keghairahan tinggi dalam sukan bola sepak.

Perkara tersebut turut diakui oleh pemilik baharu TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman selepas bertemu baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) selama beberapa jam di Ibu Pejabat JDT, semalam.

“Baginda ada passion yang tinggi pasal bola,” kongsi Norizam.

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulillah, syukur dapat berjumpa dengan Ikon revolusi pembangunan bola sepak Malaysia…

Posted by ZAMSAHAM on Rabu, 9 September 2020

Untuk rekod, TMJ mengambil alih pasukan Johor sekitar tahun 2012. Sejak itu, keghairahan baginda dalam bola sepak telah menggerakkan pelbagai tranformasi bermula dengan membaik pulih padang dan fasiliti-fasiliti di Stadium Larkin, mengadakan pusat latihan serba moden untuk para pemain sehinggalah membina stadium bola sepak berkelas dunia, Stadium Sultan Ibrahim.

Hasil transformasi dilakukan TMJ sejak lapan tahun lalu, JDT yang dikenali sebagai Harimau Selatan telah muncul sebagai gergasi bola sepak tanah air dengan menggapai enam kejuaraan Liga Super berturut-turut, dua kejuaraan Piala Malaysia dan sebuah kejuaraan Piala FA.

Paling membanggakan, JDT mencipta nama selaku satu-satunya pasukan dari rantau asia tenggara berjaya menjulang trofi Piala AFC apabila menumpaskan wakil Tajikistan, FC Istiklol dalam perlawanan akhir, tahun 2015.

FINAL PIALA AFC 2015 | SAMBUTAN KEMENANGAN PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM DI STADIUM CENTRAL REPUBLICANAntara sebahagian…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sabtu, 31 Oktober 2015

Dalam pertemuan tersebut, Norizam turut mendapatkan nasihat daripada TMJ bagaimana untuk membangunkan sebuah kelab bola sepak yang kecil sehingga menjadi kelab yang berjaya dan dikenali ramai.

“Jangan main-main dengan Tunku sebab baginda tahu serba serbi akan bola sepak.” 

“Baginda teliti, ambil tahu banyak benda pasal bola demi memastikan hasil kerja yang baik. Baik pada semua. Baik pada negeri dan rakyat Johor.” tulis Norizam di laman sosialnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Norizam turut memberikan bayangan untuk bekerjasama dengan TMJ dalam usahanya untuk membawa kembali kegemilangan bola sepak Kelantan sebagaimana pada awal 2010-an lalu.

Featured Image:  JOHOR Southern Tigers

(Visited 152 times, 1 visits today)
Close