Artikel

Siapa Cakap Saya Dipinjamkan Oleh JDT? Itu Tuduhan Palsu! – Sumareh

Penyerang naturalisasi skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh menafikan khabar angin bahawa dia telah mengikat kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dipinjamkan kepada kelab Police Tero FC sehingga tamat musim ini.

Terdahulu, pemain kelahiran Gambia itu bertindak menamatkan kontraknya bersama Pahang setelah tidak menerima gaji lebih daripada sebulan.

Tidak lama kemudian, kelab berpangkalan di Bangkok mengumumkan telah mendapatkan khidmat Sumareh dan diberikan jersi bernombor 13 untuk beraksi dalam saingan Thai League 1.

“Siapa cakap saya sertai JDT? Kamu dengar dari mana? Saya bukan dipinjamkan, semua ini adalah tuduhan palsu,”

“Saya ke Thailand dan saya telah menandatangani (dengan Police Tero),”

“Saya mahu ke sana, tenangkan fikiran dan lakukan yang terbaik apa yang saya lakukan, iaitu bermain bola sepak.” kata penyerang berusia 26 tahun itu seperti dipetik daripada New Straits Times.

Bekas majikannya, Pahang dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang selepas Sumareh mengumumkan menyertai Police Tero FC baru-baru ini.

Bagaimanapun, Sumareh masih boleh beraksi bersama skuad The Silver Shield Dragon setelah mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC) sementara daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen