Written by 3:36 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Aksi Pemain Malaysia Di Liga Thai Boleh Ditonton Menerusi Facebook & Youtube

Syarikat media berpangkalan di Singapura, 1 Play Sports mengumumkan akan menyiarkan siaran langsung perlawanan terpilih Liga Thailand menerusi akaun Facebook dan Youtube, bermula sabtu ini.

1 Play Sports diumumkan sebagai rakan penyiar digital rasmi Liga Thai, pada hari ini. Siaran langsung tersebut akan disiarkan di sembilan negara asia tenggara dan enam negara rantau asia selatan.

🇹🇭 We are delighted to announce that 1 Play Sports will be broadcasting the Thai League LIVE on Facebook and YouTube…

Posted by 1 Play Sports on Khamis, 10 September 2020

Selain itu, perlawanan-perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh 1 Play Sports akan disertakan dengan ulasan dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Hindi.

Ini merupakan berita baik buat peminat bola sepak tempatan yang mahu melihat aksi tiga pemain Malaysia yang sedang berkelana dalam saingan Liga Thai.

Mereka ialah Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dikenali sebagai Matyo yang bermain bersama BG Pathum United FC serta Dominic Tan dan Mohamadou Sumareh yang beraksi bersama Police Tero FC.

Lebih menarik, perlawanan melibatkan BG Pathum United FC dan Police Tero FC termasuk dalam empat perlawanan terpilih yang disiarkan secara langsung oleh 1 Play Sports pada sabtu dan ahad ini.

Untuk menonton siaran langsung perlawanan-perlawanan Liga Thai, ikuti Facebook Pages dan saluran Youtube mereka.

Facebook: https://facebook.com/1playsports/

Youtube: https://www.youtube.com/1playsports

Featured Image: 1 Play Sports

(Visited 131 times, 1 visits today)
Close