Written by 5:22 pm Lain-Lain

Indonesia Menitikberatkan Soal Agama, Azizulhasni Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Dalam Velodrom

Azizulhasni Awang merupakan atlet yang mewakili Malaysia dalam acara berbasikal trek dalam pelbagai pertandingan samada peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini menjadi sebutan rakyat Malaysia dan antarabangsa apabila menjuarai acara keirin pada Kejohanan Trek Dunia 2017 di Hong Kong sekaligus bergelar Raja Keirin.

Semasa tahun 2018, Azizul atau lebih mesra dengan nama panggilan Jijoe mewakili Malaysia untuk beraksi dalam temasya Sukan Asia yang bertempat di Jakarta-Palembang. 

Sayangnya, dalam temasya tersebut dia hanya meraih pingat gangsa apabila menamatkan acara keirin kategori lelaki di tempat ketiga. Namun, ada satu pengalaman manis yang tidak dilupakan oleh pelumba berusia 32 tahun ini di sana.

Menurut satu perkongsian di laman sosialnya, Azizul melahirkan rasa kagum bagaimana orang Indonesia menitikberatkan serta menawarkan solusi bernas dalam melaksanakan kewajipan dalam beragama.

View this post on Instagram

・・・ Salam Jumaat kepada semua rakan-rakan di social media. Semoga kita semua mendapat barakah dari hari yang diberkati ini. Disini saya nak share skit antara pengalaman manis saya pada hari Jumaat ketika di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang lalu . Teringat kembali ketika salah satu perlumbaan yang jatuh pada hari Jumaat. Antara perkara yang saya paling respect dengan orang Indonesia ni adalah mereka menitik beratkan soal agama dan mencari solusi yang bernas. Saya dan rakan-rakan jangkakan yang kami tidak dapat solat Jumaat dan hanya solat Zohor sahaja. Namun terkejut saya melihat mereka berkumpul di tengah-tengah Velodrome dan memulakan khutbah. Sungguh teruja dan tidak membuang masa, saya terus mengambil wudu’ dan menyambung saf bersama rakan-rakan Muslim yang lain dari pelbagai negara. Ketika ini pelumba-pelumba dari negara lain yang bukan beragama Islam melihat gelagat kami semua. Saya harap ini memberikan satu perspektif positif dan mereka dapat lihat yang orang Islam dalam mengejar duniawi mereka masih mementingkan soal agama dan tidak mengambil mudah walaupun dalam kejohanan yang penting dan sebesar itu. Tambahan semua pelumba-pelumba beragama islam dari pelbagai negara yang bersaing diatas Velodrome duduk dalam satu saf dan lupakan sebentar soal perlumbaan demi mengadap Allah swt. . Semoga saya dapat melawati Velodrome Jakarta ini lagi suatu hari nanti Insyaallah. . #friday #jumaat #jumaatbarakah #indonesia #indonesian #bagus #teamazizul #azizulawang #teamcimb #cimb #forward #airasia #daretodream #allstars #daikin #daikinmy #daikinmalaysia #tumi #tumiglobalcitizens #nike #nikemy #oakley #oakleymy #ogk #ogkkabuto #wattbike

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on

“Teringat kembali ketika salah satu perlumbaan yang jatuh pada hari Jumaat. 

“Antara perkara yang saya paling respect dengan orang Indonesia ni adalah mereka menitik beratkan soal agama dan mencari solusi yang bernas. 

“Saya dan rakan-rakan jangkakan yang kami tidak dapat solat Jumaat dan hanya solat Zohor sahaja. 

“Namun terkejut saya melihat mereka berkumpul di tengah-tengah Velodrome dan memulakan khutbah. 

“Sungguh teruja dan tidak membuang masa, saya terus mengambil wudu’ dan menyambung saf bersama rakan-rakan Muslim yang lain dari pelbagai negara. 

“Ketika ini pelumba-pelumba dari negara lain yang bukan beragama Islam melihat gelagat kami semua. 

“Saya harap ini memberikan satu perspektif positif dan mereka dapat lihat yang orang Islam dalam mengejar duniawi mereka masih mementingkan soal agama dan tidak mengambil mudah walaupun dalam kejohanan yang penting dan sebesar itu. 

“Tambahan, semua pelumba-pelumba beragama islam dari pelbagai negara yang bersaing diatas Velodrome duduk dalam satu saf dan lupakan sebentar soal perlumbaan demi mengadap Allah swt.” kongsi Azizul yang turut digelar sebagai The Pocket Rocketman, hari ini.

View this post on Instagram

・・・ Four years ago, on this day i became the first Malaysian cyclist to win Bronze medal at the Rio Olympic Games. It’s the heaviest medal in my collection and it’s weigh approximately 500g! . I’m so proud of myself as i have dedicated a huge part of my lives, spending countless hours and a lot of things in the process. Only me and my team know the trials and tribulations that i need to face in making this into the reality which make this piece of metal become priceless. Moved out of my comfort zone at the age of 19, from kampung boy in Dungun-Malaysia to Melbourne-Australia, leaving families and friends behind and dedicated my whole life into this sport. . Trying hard since my first appearance at Beijing Olympic 2008 and then London Olympic 2012. Didn’t managed to win any medal but huge learning experiences and character building from that two events. Me and the team we keep working hard, try every possible things to improve ourselves and NEVER GIVE UP. In 2016, i went to Rio Olympic and put everything on the line. This whole journey has taught me one thing . Life doesn’t give you what you want, it gives what you deserve. . #olympicmedal #olympic #olympics #olympian #olympicstory #olympicstories #rioolympic #tokyoolympic #patriotic #patriotism #merdeka #teamazizul #azizulawang #teamcimb #cimb #forward #airasia #daretodream #allstars #daikin #daikinmy #daikinmalaysia #nike #nikemy #oakley #oakleymy #ogk #ogkkabuto #wattbike

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang) on

Untuk rekod, Azizul telah meraih tiga pingat gangsa, satu pingat perak dan satu pingat emas dalam Kejohanan Trek Dunia. Azizul juga telah meraih satu pingat gangsa dalam temasya Olimpik, empat tahun lalu di Rio.

Sukan Olimpik yang seterusnya bakal berlangsung pada julai 2021 kelak. Jijoe sekali lagi diletakkan sebagai sandaran utama untuk meraih pingat emas pertama buat Malaysia.

Ketika ini, Azizul merupakan pelumba kedua terbaik dunia dalam acara keirin di belakang pelumba Belanda, Harrie Lavreysen menurut senarai yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Featured Image: Azizulhasni Awang

(Visited 122 times, 1 visits today)
Close