Written by 7:02 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Jaringan ‘Curling Shot’ Safawi Dipilih Sebagai Goal Of The Decade

Jaringan lencong penuh bergaya oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng telah dipilih sebagai Best ACL Goal Of The Decade oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). 

Anugerah ini diraih oleh Safawi yang juga pemain skuad kebangsaan Malaysia setelah mendapat 34% undian secara keseluruhan oleh para peminat – tertinggi antara 10 finalis yang tercalon.

Bagaimanapun, jaringan tunggal Safawi dalam perlawanan tersebut tidak cukup untuk mengikat atau menumpaskan wakil China dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019.

Dalam pengumuman yang sama, tempat kedua jatuh kepada Abdulaziz Al Dawsari daripada pasukan Al-Hilal ketika menentang Al Ittihad pada tahun 2011. Jaringannya mendapat undian sebanyak 14%.

Manakala, mengikuti rapat di tempat ketiga adalah Wesley ketika mewakili Al Hilal menentang Al Ain semasa tahun 2013. Jaringannya mengumpul 13% undian.

Sumber: AFC

Featured Image: Johor Southern Tigers

(Visited 2,857 times, 1 visits today)
Close